selamat datang

a'kum,selamat datang buat semua

My Blog List

Wednesday, May 26, 2010

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah
sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Sunday, May 16, 2010

HARI GURU 2010

Tanggal 16 Mei, merupakan sambutan hari guru bagi setiap insan bernama pendidik. Sedar tak sedar rupa2nyer dah lebih kurang 2 tahun lebih koi bergelor pendidik, biarpun x bertugas di sekolah api peranan serta tanggungjawab yang dipikul adalah sama.

Sebenornya di kalangan adik beradik pun ramai yang jadi cikgu. Alhamdulillah, syukur ke hadrat-Nya. Semoga segala bakti yang dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sempena sambutan ni nak diucapkan 'SELAMAT HARI GURU 2010'

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Friday, April 9, 2010




'SENYUM LER CKIT'
...:)

"Gabra Punya Pasal"

ada satu famili... famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada... ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar ..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak...pastu bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dh gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia dan dia pun cakap... "MA ROBBUKA...."""terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah mertua dia sedar dan terus sound.. "OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""sambil ayah mertua dia tu urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal ..dia dah jadi malaikat..akekeke..


Thursday, March 11, 2010

Mathematics Of Life

I just want to share about
'A Small truth To Make Life 100%'



IF:
A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y,Z


IS EQUAL TO:
1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20,21,22,23,24,25,26


SO:
HARDWORK=H+A+R+D+W+O+R+K=8+1+18+4+23+15+18+11=98%

LUCK = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

MONEY = M+O+N+E+Y = 13+15+14+5+25 = 72%


THEN,WHAT MAKE OUR LIFE 100%

ATTITUDE= A+T+T+I+T+U+D+E= 1+20+20+9+20+21+4+5= 100%

CHANGE YOUR ATTITUDE AND YOU CHANGE YOUR LIFE!!


Monday, March 8, 2010

ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Hari ini bertarikh 9/3/2010 bersamaan 23 Rabiulawal 1431H merupakan hari ulangtahun ke 2 perkongsian hidup antara saya bersama isteri tersayang .
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana kami telah dipertemukan untuk melayari kehidupan di dunia dan InsyaALLAH akan terus bersama selamanya.
Dalam melayari bahtera perkahwinan ini sudah tentunya pelbagai cabaran perlu dilalui tetapi semua itu adalah untuk mematangkan serta bagi mengenali dengan lebih erat antara satu sama lain. Harapan dan doa semoga kasih sayang antara kami akan sentiasa subur dan mekar buat selama-lamanya serta sentiasa mendapat keberkatan dan kasih sayang dari ALLAh S.W.T.

Tuesday, March 2, 2010

Salam....
ni sebenarnya kali ke-2 koi try wat blog,sebelum ni dah cuba tp sampai 1/2 jalan jer..
harap kali ni dapat dimanfaatkan lah,
tambh2 pulak kakak,abg ipar&ank sedara duk sibuk ber blog,
Jd 'SELAMAT dATANG WAT SEMUA
Tegur2 lah apa yang patut&samer2 kongsi aper yang bermanfaat wat kita semua,
Wslam